Ads

SIAPAKAH PEKERJA MANUAL / “MANUAL LABOUR” ?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dalam Akta Kerja atau Ordinan Buruh tidak menyatakan maksud Pekerja Manual atau ‘Manual Labour’. Jika kita buka kamus Manual Labour dimaksudkan sebagai ‘labour done with the hands’ atau dalam erti kata mudahnya kerja-kerja yang melibatkan penggunaan fizikal. Adakah ini bermaksud kita boleh menyatakan bahawa Doktor bedah yang bekerja menggunakan tangan boleh di anggap sebagai ‘Manual Labour’ ?
Suka Mr Tele berkongsi definisi manual labour yang ditakrifkan oleh Y.A Faiza Bin Hj Tamby Chik J. di dalam kes Colgate Pallmolive Sdn Bhd v. Cheong Foo Weng yang menyebut:
“In law, a person is not deemed to be ‘engaged in manual labour’ if his job functions are primarily and substantially dependent on his acquired skill, knowledge or experience but with incidental manual work. Conversely, a person is in law ‘engaged in manual labour’ if his duties are substantially or purely physical in nature with every little or no mental effort”

Dengan mengambil contoh Site Safety Supervisor dengan gaji RM4,000.00, bolehkah jawatan ini dianggap sebagai ‘manual labour’. Jika dilihat secara kasar, kerja-kerja Site Safety Supervisor ini melibatkan kerja-kerja di tapak pembinaan/tapak projek. Kerja terdedah dengan panas, adakalanya perlu turut sama membuat kerja-kerja di tapak tersebut dan lain-lain kerja berkaitan.

Mr Tele merujuk kepada Factories And Machinery (Building Operations And Works Of Engineering, Construction) (Safety) Regulations 1986, pada Peraturan ke- 25(2) menjelaskan berkenaan Site Safety Supervisor sebagai:-
“(2) The site safety supervisor shall be a person who is competent to perform the duties specified in subregulations (3) and (4), possess such qualifications as are approved by the Chief Inspector and has a minimum of two year's experience as a site foreman.”

Jelas dalam peraturan tersebut, seorang Site Safety Supervisor merupakan seorang pekerja yang mahir dalam bidang tugasnya dan juga mempunyai kelayakan yang khusus. Diandaikan pekerja tersebut telah diambil bekerja oleh majikan atas kelayakan yang dimiliki iaitu mempunyai sijil dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) serta mempunyai Kad Hijau daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Kad Hijau adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. Pemberian Kad Hijau ini adalah selaras dengan kehendak Seksyen 32, Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 yang memperuntukkan;
“32. (1) The Lembaga shall accredit and certify skilled construction workers and construction site supervisors in the prescribed manner and form.
(2) The skilled construction workers referred to in subsection (1) are as specified in the Third Schedule.”

Dalam Jadual Ketiga yang dimaksudkan di atas, Site Safety Supervisor juga dikategorikan sebagai Pekerja Binaan Mahir. Seksyen 2 Akta 520 membuat tafsiran Pekerja Binaan Mahir sebagai:
“ertinya  seseorang  yang  memiliki  tahap kemahiran yang diterima sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada  satu  atau  lebih  tred  seperti  yang  disenaraikan  dalam  Jadual Ketiga”

Jelas dinyatakan dalam tafsiran di atas, Site Safety Supervisor merupakan seseorang yang mempunyai kemahiran tertentu serta berpengetahuan dalam bidangnya. Penjelasan dan dapatan di atas juga adalah selari dengan penjelasan Y.A Faiza Bin Hj Tamby Chik J. dalam menerangkan maksud Manual Labour. Oleh itu Site Safety Supervisor tidaklah dikategorikan sebagai Pekerja Manual yang melakukan kerja-kerja manual (engaged in manual labour).

Kesimpulannya, agak sukar untuk kita klasifikasikan seseorang pekerja itu pekerja manual atau bukan. Tapi tips yang Mr Tele nak kongsikan ini ciri-ciri pekerja manual yang mungkin dapat membantu anda menentukan samada seseorang itu pekerja manual atau bukan.

1. Sekiranya pekerja tersebut memerlukan sedikit pendidikan, latihan dan kemahiran.
2. Sekiranya kerja rutin yang dilakukan memerlukan sedikit sahaja keupayaan mental.
3. Pekerja tersebut melakukan kerja-kerja rutin tetapi majikan telah menyediakan semua arahan-arahan kerja yang perlu dilakukan.

Setakat ini sahaja. Nanti Mr Tele akan kongsikan lagi sekiranya ada maklumat tambahan.

Terima kasih

Mr Tele
(Labour Consultant)

SHARE

Author

Hi, Its me Telekerja. A blogger, HR Practitioner, Labour Consultant and a certified Labour Officer. Should you have any queries or require any further information please do not hesitate to email me.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 ulasan: