Ads

SIAPAKAH PEKERJA YANG DILINDUNGI DI BAWAH AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini Mr Tele nak berkongsi dengan para pembaca sekalian SIAPAKAH PEKERJA YANG DILINDUNGI DI BAWAH AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH. Sebagai pengenalan, di Malaysia terdapat 3 undang-undang perburuhan yang digunapakai. Untuk pekerja di Semenanjung dan Labuan; Akta Kerja 1955 digunapakai, manakala Ordinan Buruh Sarawak Bab 76 digunapakai di Sarawak sahaja dan di Sabah, Ordinan Buruh Sabah Bab 67 digunakan.

Dalam siri-siri akan datang Mr Tele akan kongsikan faedah-faedah yang termaktub dalam undang-undang ini. Tetapi untuk hari ini Mr Tele akan terangkan dahulu apakan maksud pekerja dalam undang-undang ini. Tidak semua pekerja dilindungi di bawah akta/ordinan. Oleh itu, adalah sebaiknya kita faham terlebih dahulu apa maksud PEKERJA@EMPLOYEE

Dalam ketiga-tiga undang-undang ini memberi takrifan Pekerja yang hampir sama. 

PEKERJA ditafsirkan sebagai seorang yang diambil kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan yang mana ianya :-

a) Tanpa mengambil kira jenis kerja, gajinya tidak melebihi RM2000 sebulan (Akta Kerja) @ RM2500 (Ordinan Buruh Sabah & Sarawak) (tidak termasuk komisyen, bayaran kerja lebih masa & elaun sara hidup)

b) Tanpa mengambil kira gaji, digajikan dalam :-
i) Pekerja-pekerja manual / perantisan.
ii) Operasi atau menyelenggara kenderaan berjentera.
iii) Kerja-kerja penyeliaan pekerja-pekerja manual yang digajikan oleh majikan yang sama
iv) Terlibat dalam merekrut pekerja.
v) Beberapa pekerjaan di dalam kapal yang didaftarkan di Malaysia (tidak semua Seksyen terpakai)
vi) Pekerja Domestik (tidak semua Seksyen terpakai)

Dalam erti kata mudahnya, sekiranya gaji anda dibawah RM2000 (bagi pekerja di Semenanjung dan Labuan) dan bawah RM2500 (bagi pekerja di Sabah dan Sarawak) maka anda dilindungi di bawah undang-undang perburuhan sediada. Tetapi sekiranya lebih dari pada itu sehingga maksimum RM5000, ada beberapa Seksyen yang melindungi anda. Tidak semua Seksyen terpakai untuk anda. 
Untuk pekerja di Sabah dan Sarawak.
Pekerja-pekerja bukan manual yang bergaji RM2,501.00 hingga RM5,000.00 sebulan, perlindungan ke atas mereka hanya mengenai gaji dan lain-lain bayaran tunai yang diperuntukan di bawah kontrak perkhidmatan mereka sahaja.
Untuk pekerja di Semenanjung Malaysia & Labuan.
Pekerja-pekerja bukan manual yang bergaji RM2,001.00 hingga RM5,000.00 sebulan, perlindungan ke atas mereka hanya mengenai gaji dan lain-lain bayaran tunai yang diperuntukan di bawah kontrak perkhidmatan mereka sahaja.

Anda juga perlu pastikan bahawa kontrak perkhidmatan yang ditandatangani adalah 'contract for service' atau 'contract of service'. Perkara ini juga mempengaruhi keterpakaian undang-undang perburuhan ini.

Post akan datang Mr Tele akan kongsikan apa itu Manual Labour. Sementara itu, sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah.

Terima kasih

Mr Tele
(Labour Consultant)

p/s : Sekiranya ada apa-apa maklumat yang dikongsikan ini bercanggah sila maklumkan Mr Tele.
SHARE

Author

Hi, Its me Telekerja. A blogger, HR Practitioner, Labour Consultant and a certified Labour Officer. Should you have any queries or require any further information please do not hesitate to email me.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 ulasan:

  1. Had mSa berkerja bagi yg gaji lebih dari 3k ada tak? Atau pon majikan boleh suruh kerja sampai 16 jam..

    BalasPadam
  2. jika kerja pertama gaji kurang dari $2000(tahun1994). kerja kedua lebih $5000(tahun 2000).tolong tanya perlu bayar socso?

    BalasPadam
  3. adakah gaji lebih rm2000 tidak boleh clain kerja lebih masa. walaupun bekerja lebih masa...

    BalasPadam
  4. Apakah perbezaan antara gaji pokok dengan gaji "service point"?

    Tq

    BalasPadam
  5. Adakah Operator machine bagi kilang cetak buku masuk dalam perkeja manual ??

    BalasPadam